suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kembali aktif di IG, Megax Fox jawab isu bekas tunang curang

Megan akhirnya jelaskan spekulasi mendakwa Kelly curang.

PELAKON Megax Fox menegaskan tidak wujud kehadiran orang ketiga dalam kemelut dengan bekas tunangnya iaitu penyanyi Machine Gun Kelly seperti didakwa sebelum ini.

Kembali mengaktifkan semula akaun Instagram miliknya, Megan, 36, membuat satu hantaran meminta semua orang agar tidak mudah percaya dengan khabar angin tersebut.

"Tidak ada campur tangan orang ketiga dalam hubungan ini. Anda semua perlu hentikan cerita ini dan jangan libatkan orang tidak bersalah," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertengkar lagi! Megan Fox cabut cincin tunang, bagi ‘hint’ hubungan dengan Machine Gun Kelly berakhir

Pelakon Transformers itu juga telah memadam semua gambar-gambar terdahulu dan hanya meninggalkan satu hantaran di laman sosial terserbut.

Masalah dalam hubungan Megan dan Kelly banyak kali diperkatakan apabila mereka sering bergaduh selepas mengumukan bertunang pada Januari tahun lalu.

Menerusi satu kenyataan, aktres tersebut nekad memilih jalan untuk menamatkan hubungan mereka dan tidak lagi memakai cincin pertunangan.

Sebelum ini Megan memberi gambaran tentang berakhirnya hubungan mereka dengan memuat naik gambar sampul surat yang dibakar dan menerusi ruangan komen hantaran tersebut, ada yang mendakwa Kelly bersikap curang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain