suria

Paul Wesley fail cerai terhadap isteri, nama Brad Pitt dikaitkan sebagai punca

Paul pilih jalan bercerai dengan Ines.

SELEPAS lima bulan mengumumkan perpisahan, pelakon Paul Wasley akhirnya memfailkan penceraian terhadap usawahan barangan kemas, Ines de Ramon.

Menerusi dokumen permohonan cerai, pasangan ini bersetuju untuk meletakkan titik nokhtah pada hubungan mereka atas faktor tiada lagi persefahaman selain ia adalah keputusan bersama.

“Keputusan yang dibuat adalah persetujuan bersama. Mereka meminta agar diberi ruang privasi buat masa sekarang,” kata wakil Paul kepada E! News.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak lagi sendiri... Usahawan barang kemas kekasih baharu Brad Pitt

Dalam dokumen yang difailkan, Paul, 41, tidak menyatakan tarikh sebenar mereka berpisah namun menurut sumber pasangan tersebut sudah tidak bersama sejak pertengahan tahun lalu.

Meskipun menyatakan tiada lagi persefahaman sebagai punca cerai, ramai mula membuat andaian ekoran khabar angin mengatakan Ines rapat dengan aktor Brad Pitt.

Mereka sebelum ini pernah dilihat menghadiri konsert bersama pada November tahun lalu dan turut meraikan sambutan ulang tahun Brad pada bulan berikutnya.

Sementara itu, Paul pula dikatakan sedang rapat dengan model bernama Natalie Kuckenburg dan gambar mereka bercumbu pernah menjadi bualan pada November 2022.

Untuk rekod Paul dan Ines mendirikan rumah tangga pada November 2019.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain