suria

Pasangan Youtuber Thariq Halilintar dan Fuji putus lagi, janji kekal bersahabat baik

Thariq ketika melamar Fuji untuk hubungan lebih serius.

SELEPAS setahun menjalinkan hubungan cinta secara serius, pasangan youtuber Thariq Halilintar dan Fuji dilaporkan sudah terlerai.

Kapanlagi.com melaporkan, pasangan berkenaan mula berkenalan sejak 2019 namun memutuskan hubungan mereka pada akhir Janurai lalu.

Khabar mengejutkan itu turut dikongsikan oleh Thariq dan Fuji menerusi Instagram mereka.

thariq-halilintar_43

Thariq ketika melamar Fuji.

Menurut Thariq, dia awalnya tidak mahu berkongsi khabar menyedihkan itu kerana bimbang akan berlaku salah faham.

"Hai Thofu (panggilan buat peminat) yang saya sayangi, saya sebenarnya tak nak bercakap mengenai perkara ini kerana belum bersedia dan tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana risau akan salah faham.

"Saya nak beritahu bahawa hubungan kami telah putus pada ulang tahun saya. Semua kenangan yang dilalui bersama Fuji amat indah bagi diri saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak arwah Vanessa Angel masih trauma, asyik minta didukung... Keluarga bimbang Gala Sky lupa cara nak berjalan

ARTIKEL BERKAITAN: Adik ipar Vanessa Angel tertekan kerana popular, dapatkan rawatan psikologi

Sementara itu, Fuji pula memberitahu bahawa dia dan Thariq masih lagi berkawan baik walaupun sudah tidak bersama lagi.

"Saya harap semua pihak boleh terima keputusan kami. Saya dan Thariq masih lagi berkawan baik. Harapnya tidak timbul salah faham," kongsinya.

Pun begitu, ini bukan kali pertama pasangan ini berpisah malah pada tahun 2022 keduanya pernah memilih membawa haluan masing-masing namun kembali bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain