suria

Isteri dakwa Daus Mini sekat nombor telefon, larang jumpa anak

Daus Mini didakwa berlaku curang dengan isterinya iaitu Shelvie Hana.

ISTERI kepada pelawak Daus Mini iaitu Shelvie Hana meluahkan rasa kecewa apabila suaminya tidak membenarkan dia untuk melawat anaknya.

Kapanlagi.com melaporkan, Daus atau Muhammad Al Fatih Firdaus melarang isterinya itu melawat anak mereka di rumah selepas wanita berkenaan menuduh dirinya berlaku curang.

Kata Shelvie Hana, dia cuba menghubungi suaminya itu bagaimanapun nombor telefonnya telah disekat.

Daus Mini bersama isteri dan anaknya.

Disebabkan perkara itu, dia bertindak untuk mengunjungi rumah mentuanya di Depok, Jawa Barat bagi menemui anaknya itu.

Bagaimanapun, selepas beberapa kali mengetuk pagar rumah orang tua Daus, jiran tertangga memaklumkan bahawa pelawak dan keluarganya itu sudah empat hari tiada di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Youtuber dikecam pilih tak mahu anak kerana mahu kekal awet muda, netizen tuduh suami mati pucuk!

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Ulang tahun pertama anak Atta Halilintar dan Aurel disiarkan di TV, peminat boleh tonton secara langsung

"Kalau jiran dah kata mereka tiada dirumah selama empat hari macam mana nak ambil anak. Saya datang sini bertujuan untuk ambil anak saya," katanya.

Shelvie juga memberitahu bahawa dia enggan bertengkar dengan suaminya itu malah ingin berpisah dengan secara baik.

Sebelum ini, Shelvie mendakwa Daus mempunyai wanita lain selama bertahun-tahun sehingga meminta cerai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain