suria

Sule enggan campur urusan cinta Rizky Febian dan Mahalini, tidak boleh halang walau beza agama

Sule tidak mahu masuk campur urusan anak-anak.

BAPA kepada penyanyi Rizky Febian iaitu Sule tidak mahu mencampuri urusan percintaan anaknya itu dengan Mahalini.

Biarpun sudah sedia maklum mengenai perbezaan agama yang dianuti oleh penyanyi lagu Sial itu, Sule menyerahkan kepada anaknya untuk membuat keputusan terbaik.

Kata Sule, sebagai bapa, dia tidak boleh memaksa dan mencampuri urusan percintaan anak-anak.

sule1 - 1

Sule seorang bapa yang memahami.

"Mereka yang bercinta, jadi biarkan sahaja itu menjadi urusan mereka. kita lihat sahaja, itukan keinginan mereka.

"Sebagai orang tua, kita tidak boleh memaksa mereka untuk berpisah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Febian akui sunyi hidup bujang, syukur doa ingin kekasih dimakbulkan

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa nafi Rizky Febian sudah bertunang dengan kekasih beza agama... Beri cincin hanya tanda sedang bercinta

Dalam pada itu, Sule juga dilaporkan telah bertemu dengan kedua orang tua Mahalini di Bali.

Bagaimanapun, menurut Detik.com, kedua-dua buah keluaga itu masih lagi belum membincangkan soal pernikahan anak mereka.

"Tidak ada tanda-tanda lagi pun yang mengatakan mereka bakal bernikah. Kita lihat sahaja. Biar masa yang menentukan," ujarnya.

sule2 - 1

Rizky dan Mahalini menjalin hubungan cinta sejak setahun lalu.

Sementara itu, Sule turut berkongsi tentang peribadi keluarga Mahalini yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

"Saya sangat senang dengan mereka. Keluarga Mahalini berfikiran terbuka, lebih santai dan kami sudah seperti menjadi sebuah keluarga," katanya.

Untuk rekod, Rizky dikatakan mula bercinta dengan Mahalini pada 7 Februari 2022

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain