HARAPAN peminat mahu melihat pasangan pelakon Kim Soo Hyun dan Kim Ji Won bercinta nampaknya tidak kesampaian. Soo Hyun sebaliknya menjelaskan hubungan mereka hanya sekadar teman biasa dan tidak lebih daripada itu. Malah Soo Hyun meminta peminat tidak terbawa-bawa dengan emosi hanya kerana sukakan gandingan mereka dalam drama Queen of Tears. Soo Hyun memberi gambaran dia dan Ji Won tidak mempunyai sebarang hubungan cinta. "Sila tonton drama kami hanya sebagai sebuah lakonan sahaja," ujarnya. Soo Hyun berkongsi perkara itu sebagai balasan kepada komen peminat di aplikasi Bubble. Peminat menerusi Bubble meminta aktor itu mengumumkan percintaannya dengan Ji Won kerana menyangka kedua-dua pelakon itu mempunyai hubungan. ARTIKEL BERKAITAN: Tayang aksi mesra ketika tengok konsert, Kim Soo Hyun dan Lim Na Young hanya kawan ARTIKEL BERKAITAN: Foto mesra laga pipi tersebar, Kim Soo Hyun dan Kim Sae Ron didakwa sedang bercinta Malah ramai meminta Soo Hyun dan Ji Won melangsungkan perkahwinan. "Tolong cepatlah kahwin dengan Ji Won dan kami tak sabar nak tengok anda berdua bergelar suami isteri! "Beritahu kepada semua peminat yang anda berdua kini sedang bercinta," tulis netizen. Sejak Queen of Tears ditayangkan pada April tahun lalu, penonton mengharapkan kedua-dua pelakon itu benar-benar jatuh cinta dalam kehidupan realiti. Keserasian Soo Hyun dan Ji Won begitu kuat sehingga drama tersebut berjaya meraih antara rating penonton tertinggi di Korea Selatan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!