LEBIH dua tahun melayari bahtera rumah tangga, pasangan selebriti Indonesia, Deva Mahenra dan Mikha Tambayong terus mencuri perhatian peminat dengan kemesraan yang sering dipamerkan di media sosial.
Terbaharu, Deva memuat naik beberapa keping foto memaparkan dirinya sedang bermain tenis bersama Mikha.
Menariknya, pasangan ini tampil serasi dengan pakaian sukan serba hitam sambil kelihatan ceria menikmati masa berkualiti bersama.

Foto Deva sedang cuba pikat hati Mikha.
Namun apa yang menyentuh hati ramai adalah kapsyen yang ditulis Deva menerusi hantaran tersebut.
Menurut Deva, foto itu hampir sama dengan situasi ketika dia cuba memikat hati Mikha di hadapan bakal mentuanya.
"Beginilah lebih kurang cara saya mengambil hati Mikha. Secara langsung di hadapan ayahnya," katanya.
Perkongsian itu turut mendapat reaksi Mikha sendiri yang meninggalkan komen ringkas namun penuh kasih sayang, sekali gus mengesahkan cerita suaminya itu.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Gambar Liar? Aku Tak Kisah' - Mikha Tambayong
ARTIKEL BERKAITAN: Mikha Tambayong Sertai Teater 'Gerimis Mengundang'
"Sambil bersukan tentunya… saya sayang awak!" balas Mikha.
Rata-rata peminat di ruangan komen turut tersentuh dengan kisah cinta pasangan ini, malah ada yang mengakui cara Deva memikat hati Mikha sangat manis dan romantik.
Untuk rekod, Deva dan Mikha mendirikan rumah tangga pada 28 Januari 2023.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


