suria

Pengikut Instagram Jenna Ortega bertambah 10 juta pada minggu pertama ‘Wednesday’ ditayangkan 

Jenna Ortega popular dengan siri Wednesday.

POPULARITI drama Wednesday yang disiarkan menerusi saluran Netflix melonjakkan nama pelakon Jenna Ortega.

Mana tidaknya, hanya dalam tempoh 10 hari selepas siri drama lakonannya itu ditayangkan, pengikut Instagram Jenna bertambah 10 juta dalam tempoh tersebut.

Sebelum siri itu disiarkan pada 23 November lalu, pengikut Instagram Jenna hanya 9.4 juta namun melonjak kepada 19.4 juta pada Sabtu lalu dan melepasi angka 20 juta sehari kemudian.

WhatsApp Image 2022-12-06 at 7.45.22 AM

Nama Jenna melonjak naik selepas tayangan siri Wednesday.

Pelakon berusia 20 tahun itu memegang watak sebagai Wednesday Addams dalam siri terbaharu Tim Burton berkenaan.

Drama bersiri lapan episod tersebut mencecahkan rekod Netflix apabila ditonton sebanyak 341.23 juta pada minggu pertama ia ditayangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cristiano Ronaldo cecah 500 juta pengikut di Instagram lepas letak iklan bersama Messi

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof anggap komen negatif lumrah pembikinan filem, gembira 'Mat Kilau' trending di Netflix

Ia sekali gus mencatat rekod jumlah tontonan tertinggi bagi siri televisyen berbahasa Inggeris di saluran penstriman berkenaan dan mengalahkan rekod dipegang siri popular Stranger Things musim keempat.

Wednesday merupakan siri komedi remaja berkonsepkan misteri supernatural.

Selain Jenna, drama ini turut dibintangi Catherine Zeta-Jones, Guzman, Victor Dorobantu, Isaac Ordonez dan George Burcea.

Untuk rekod, Jenna sebelum ini pernah muncul sebagai Jane dalam siri drama komedi Jane The Virgin pada tahun 2014 sehingga 2019 dan membintangi filem X dan Scream pada 2022.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain