suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buat show tanpa henti sejak 2 bulan lalu, peti suara Judika hampir rosak 

Judika terkenal dengan lagu bernada tinggi.

PETI suara penyanyi Judika hampir rosak gara-gara menyanyi dengan nada tinggi hampir setiap hari sejak dua bulan lalu.

Tidak mahu keadaan menjadi parah, Judika dinasihatkan doktor supaya berhenti dan tidak menerima sebarang undangan nyanyian buat sementara waktu atau berdepan risiko hilang suara.

Judika memberitahu disebabkan itu, dia turut mengalami demam dan pernah membuat persembahan ketika sakit demi tidak mengecewakan peminat yang sudah membeli tiket.

"Doktor sudah sarankan saya berehat kerana tidak mahu peti suara rosak... dalam tempoh dua bulan ini saya menyanyi dalam keadaan badan kurang sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pinkan Mambo desak Rizky Billar cerai Lesti Kejora, dakwa kembali bersama kerana harta

"Hampir sebulan juga saya menyanyi dengan lagu bernada tinggi... semua lagu-lagu itu tak mudah kerana ia identiti Judika," katanya seperti dilaporkan Suara.

Judika juga sudah mencuba pelbagai ubat termasuk minuman yang diperbuat menggunakan rempah untuk mengawal sakit ketika membuat persembahan pentas.

"Semua ubat saya sudah minum termasuk pelbagai jenis rempah. Tetapi sebenarnya keadaan vokal saya memang perlu rehat.

"Setelah melihat kembali jadual kerja yang padat, saya mengambil keputusan untuk berehat seketika buat masa sekarang," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain