suria

Syamsul Yusof anggap komen negatif lumrah pembikinan filem, gembira ‘Mat Kilau’ trending di Netflix

Syamsul gembira filem Mat Kilau masih lagi jadi perbualan netizen.

SEJAK filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan ditayangkan menerusi platform penstriman Netflix pada 16 September lalu, ia menerima pelbagai kritikan negatif daripada penonton.

Bagaimanapun pengarahnya, Syamsul Yusof, 38, menyifatkan perkara itu sebagai lumrah dalam pembikinan sesebuah filem dan tetap bersyukur kerana naskhah itu sekali lagi menjadi fenomena sehingga trending di platform berkenaan.

"Filem Mat Kilau viral sekali lagi di Netflix, trending nombor satu. Terima kasih banyak!

"Filem ini sejak daripada keluar trailer dah mula tular, dulu satu Malaysia jadi trending sampailah ditayangkan di pawagam dan terkini di Netflix pula.

Syamsul syukur Mat Kilau sekali lagi trending nombor satu.

"Positif dan negatif adalah lumrah dalam pemikinan sesebuah filem. Saya gembira kerana anda masih lagi bercakap mengenai filem saya dan menonton dan menyokongnya," katanya.

Syamsul berkata demikian menerusi sebuah hantaran video di Instagram miliknya pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Mat Kilau’ trending selepas tayang di Netflix, komen pujian bertukar negatif... “Babak aksi kucar-kacir”

ARTIKEL BERKAITAN: Murid sekolah ‘remake’ filem Mat Kilau, babak perang nampak real... “Lakonan mantap, menjiwai watak”

Terdahulu, filem terbitan Kembara Studio Sdn Bhd itu menerima reivu negatif daripada penonton di Netflix yang rata-rata tidak berpuas hati dengan beberapa perkara tentang karya itu.

Ini termasuklah ada mempersoalkan tentang sinematografi babak aksi yang dilihat kucar-kacir selain mempertikaikan laras bahasa digunakan bagi menggambarkan zaman tersebut.

Positif dan negatif lumrah pembikinan filem.

SYAMSUL YUSOF

PENGARAH

Untuk rekod, Mat Kilau mencatat sejarah dalam industri perfileman negara apabila mencatatkan kutipan tertinggi iaitu sebanyak RM97 juta sepanjang dua bulan ditayangkan di pawagam.

Selain Singapura dan Brunei, filem itu turut ditayangkan di Indonesia sejak 31 Ogos lalu.

Filem itu menampilkan barisan pelakon hebat Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Yayan Ruhian dan Johan As'Ari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain