suria

Pernah tular suara mirip penyanyi Indonesia, Zul Hadi muncul dengan ‘Bidadariku’... sedia tempuh kehidupan sebagai selebriti

Zul Hadi tak menyangka mendapat peluang merakamkan lagu sendiri.

IMPIAN seorang pemuda yang pernah tular selepas suaranya dikatakan mirip penyanyi Indonesia ketika menyanyi di sebuah kenduri kahwin untuk muncul dengan single sendiri akhirnya terlaksana.

Zul Hadi atau Zulhadi Mad Rakman berkata, dia tidak menyangka apabila bakat dimiliki mendapat perhatian sehingga berpeluang merakamkan lagu sendiri yang berjudul Bidadariku.

"Sebelum ini saya menyanyi dekat kenduri kahwin, busking selain membuat video lagu cover di TikTok. Tapi siapa sangka tiba-tiba ada syarikat rakaman yang ingin mengambil saya sebagai penyanyi kerana yakin dengan bakat saya.

"Memang tiada kata lain selain saya sangat bersyukur dengan peluang diberikan," katanya kepada mStar.

10

Zul Hadi gembira bakat dipandang pihak syarikat rakaman.

Sebelum ini, mStar pernah melaporkan tentang kisah Zul Hadi yang pernah disangka miming ketika asyik menyanyi di seuah kenduri kahwin.

Ramai terkejut dengan bakat dimiliki pemuda berusia 20 tahun ini dan menyamakan suaranya mirip dengan penyanyi Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka miming ketika syok nyanyi di kenduri kahwin, pemuda kerja kampung mirip suara penyanyi Indonesia dapat rezeki terpijak... bakal masuk studio rakaman!

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak menangis di atas pentas tunggu kedatangan ‘Ummi’, rupanya Sajat kena usir sejurus tiba di Singapura

Memilih genre pop Indonesia, Zul Hadi berharap lagu ciptaan Chegu Syafiq, Ilham Fitri dan Knight Cyden itu dapat diterima baik oleh pendengar.

Kata Zul Hadi lagi, dia memilih genre itu kerana ingin melihat sama ada pendengar tempatan boleh menerima muzik sebegitu atau pun sebaliknya selain ingin membawa kelainan.

Siapa sangka tiba-tiba ada syarikat rakaman ingin mengambil saya sebagai penyanyi kerana yakin dengan bakat saya.

ZUL HADI

PENYANYI

"Saya nak buka mata pendengar dengan genre yang saya bawa masuk ke Malaysia. Saya mahu melihat respons pendengar sama ada ia boleh diterima atau pun tidak.

"Tetapi Alhamdulillah, setakat ini saya baca komen di YouTube, semua menyukainya," jelasnya.

Berkongsi akan perancangan pada masa hadapan, Zul Hadi memberitahu pihak syarikat rakaman bakal mengetengahkan lebih banyak lagu-lagu genre tersebut memandangkan ia bersesuaian dengan vokalnya.

fdfs

Zul Hadi sudah sedia berdepan dengan cabaran dunia hiburan.

Tambahnya, dia juga mempunyai beberapa lagu hasil ciptaan sendiri namun masih dalam perbincangan dengan pihak pengurusan untuk dilancarkan.

"Untuk single selepas ini, genre perlahan seperti lagu Indonesia seperti zaman Peterpen, lagu-lagu yang sampai ke dalam jiwa, saya akan bawa lagu-lagu seperti ini," jelasnya.

Ditanya mengenai persediaan berdepan dengan kritikan, Zul Hadi dia sudah bersedia untuk menempuh kehidupan sebagai seorang selebriti.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain