suria

Gelanggang GV9 dibuka dengan persembahan bertenaga 13 peserta, senarai lagu minggu kedua buat ramai tak sabar!

Kesemua 13 peserta GV9 mara ke minggu kedua.

PEMBUKAAN gelanggang pentas Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) pada malam Ahad berlangsung sengit apabila kesemua 13 peserta memberi persembahan bertenaga.

Menerusi pertandingan minggu pertama, tiga penyanyi iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Tomok menjadi tumpuan apabila memberikan persembahan bertenaga.

Jaclyn tampil dengan lagu popularnya Gemilang dan Di bawah Pohon Asmara, Shila menerusi Patah Seribu dan Memori Tercipta manakala Tomok pula dengan Meraung dan Sejarah Mungkin Berulang.

Kualiti persembahan yang bertenaga ketiga-tiga penyanyi ini telah melayakkan mereka menempah tempat di minggu kedua dengan mudah.

553 (1)

Kesemua peserta memberikan persembahan bertenaga pada minggu pertama GV9.

Namun pada pertandingan minggu pertama itu memperlihatkan penyanyi kelahiran Singapura, Hazrul Nizam yang menyampaikan lagu Kaulah Segalanya berada pada kedudukan tercorot.

Bagaimanapun, seperti mana kelaziman GV sebelum ini, tiada penyingkiran dibuat pada minggu pertama dan Hazrul terselamat untuk meneruskan perjuangan merebut gelaran juara.

ARTIKEL BERKAITAN: GV9 jadi pentas VE lepas geram, ucap terima kasih kalau ada anggap mereka saingan hebat

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh berpeluk dengan lelaki di khalayak, pelakon remaja Qistina Raisah telah difitnah... tak pernah keluar tanpa ditemani ibu

Seramai 13 bintang bertanding dalam GV9 tahun ini termasuklah Dina Nazir, Bob Yusof, Pat Candy, Asheed (Def Gab-C) dan Roy Kapilla.

Tidak ketinggalan Tom MYstar, Aida Hassan, kumpulan VE serta Fuad Rahman mewakili Singapura.

Dihoskan Nabil Ahamd bersama Elly Mazlein, GV9 turut menampilkan Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.

GV9 disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Berikut adalah senarai lagu yang bakal dipersembahan peserta pada minggu kedua GV9.

1. Jaclyn Victor - Gerimis Mengundang (Zamani)

2. Shila Amzah - Getaran Cinta Di Jiwa (Liza Hanim)

3. Tomok - Janji Padamu (Exists)

4. Dina Nazir - Ku Teruskan (Siti Sarah)

5. Bob Yusof - Kepulangan (Razis Ismail)

6. Roy Kapilla - Izinkan Selamanya Namamu Di Hati (EYE)

7. Cat Candy - Makhluk Tuhan Paling Seksi (Mulan Jamila)

8. VE - Kasih Berubah (Ferhad)

9. Haida Hasnan - Di sEbalik Sejuta Wajah (Shima)

10. Fuad Rahman - Suara Cinta (Mega)

11. Tom - Kemaafan Dendam Yang Terindah (Aishah)

12. Asheed Def Gab C - Percayakan Siti (Exists)

13. Hazrul Nizam - Untukmu Ibu (Exits)

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain