suria

“Berlemak suara, siap ada lenggok”... Aafiyah dapat pujian nyanyi lagu ‘Burung Kakak Tua’, dijangka penyambung legasi Siti Nurhaliza

Peminat menjangkakan Aafiyah bakal menyambung legasi ibunya, Siti Nurhaliza.

GELAGAT Siti Aafiyah sering menjadi perhatian ramai apatah lagi apabila setiap kali aksi comelnya dikongsi oleh ibunya, Datuk Seri Siti Nurhaliza di media sosial.

Terbaharu, tular di media sosial rakaman video yang memaparkan Aafiyah menunjukkan bakat nyanyiannya ketika sedang bermain buaian ditemani Siti.

Video yang dikongsi menerusi akaun TikTok @sitizoners.official itu memperlihatkan Siti menyanyi lagu Burung Kakak Tua yang disambung oleh Aafiyah.

Suara Aafiyah mendapat pujian netizen.

Ramai memuji kanak-kanak berusia lima tahun itu mempunyai suara merdu yang mewarisi bakat ibunya.

Malah ramai menjangkakan Aafiyah akan menjadi penyambung legasi Siti apabila dia dewasa kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Aafiyah dah sekolah! Siti Nurhaliza sebak, hampir menangis hantar anak masuk tadika

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza mahu Aafiyah membesar seperti kanak-kanak lain, tiada sikap ‘demand’

"Memang anak Siti, bakal menjadi penyambung legasi ni. Mewarisi bakat ibu, sedap suara Aafiyah.

"Sedap betul Afiyah sebut ‘ulalaa’ dengan ‘tueee’ siap ada lenggok. Berlemak suara dia, bakal jadi Siti Nurhaliza 2.0 ni.

"Pandai dia lengokkan lagu tu, betul-betul darah seni mengalir dalam badan," kata netizen.

Sehingga kini, video itu telah meraih sebanyak 400,000 tontonan sejak ia dimuat naik di TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain