suria

Acha Septriasa hamil anak kedua, kongsi foto ‘baby bump’ di Instagram

Acha Septriasa kongsi baby bump anak kedua.

PELAKON Acha Septriasa berkongsi khabar gembira apabila bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Acha, 33, berkata, dia bersyukur apabila diberi rezeki untuk memiliki seorang lagi anak bagi menemani anak perempuannya iaitu Bridgia Kalina Kharisma yang kini sudah berusia lima tahun.

"Terharu dan bersyukur kerana peluang kedua untuk menjadi ibu bapa... Bridgia tak lama lagi akan menjadi seorang kakak," katanya.

Acha berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Acha Septriasa dedah hanya ada satu buah pinggang, sedar ketika usia 18 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Foto Farid Kamil, Acha Septriasa sebagai Anwar dan Wan Azizah tular, peminat tak sabar ke pawagam

Pelakon filem Ada Apa Dengan Cinta itu yang kini menetap di Australia turut berkongsi beberapa foto yang memperlihatkan baby bump serta keterujaan Bridgia yang tak sabar menanti kelahiran adiknya.

Untuk rekod, Acha berkahwin dengan Vicky Kharisma pada 11 Disember 2016 di Jakarta.

Pasangan ini bertemu sewaktu sama-sama belajar di Universiti Limkokwing di Cyberjaya, Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain