suria

Ratu Rizky Nabila dedah punca cerai, dakwa suami asal Libya penipu

Nabila sengaja reka alasan minta cerai.

PENYANYI Ratu Rizky Nabila akhirnya mendedahkan punca dia meminta cerai selepas dua hari bernikah dengan bekas suaminya, Ibrahim Alhami adalah disebabkan merasa ditipu oleh lelaki asal Libya itu.

Kata Nabila juga dakwaan yang mengatakan dia ada teman lelaki lain seperti yang diperkatakan sebelum ini adalah tidak benar dan hanya direka semata-mata.

"Saya menipu sebelum ini. Saya sengaja katakan ada lelaki lain kerana mahu minta cerai darinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengejutkan! Ratu Rizky Nabila minta cerai selepas 2 hari nikah, bagi alasan sayang lelaki lain

"Kami berkahwin selepas seminggu berkenalan di sebuah aplikasi. Bermula dengan mesej biasa, terus kenal rapat dan kemudian nikah.

"Saya tertipu dengan dirinya yang mengaku bekerja dalam bidang IT di Libya dan mempunyai perniagaan produk penjagaan kulit di sini (Indonesia)," katanya seperti yang dipetik dari Suara.

Menurut Nabila, dia mula merasa ragu apabila melihat Ibrahim hanya duduk bersenang-lenang di rumah tanpa memikirkan jadual kerja.

Nabila dan Ibrahim yang bernikah pada 26 November lalu menggemparkan dunia hiburan tempatan apabila mengambil keputusan untuk berpisah walau baru sahaja bergelar isteri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain