PELAKON Jung Woo Sung kembali menjadi perhatian selepas dilaporkan mendaftarkan perkahwinan dengan seorang wanita lain, kurang setahun selepas model Moon Ga Bi mendedahkan kelahiran bayi mereka kepada umum.
Menurut laporan daripada Mydaily, Woo Sung, 52, dan teman wanitanya mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat daerah tempatan.
“Woo Sung dan teman wanitanya baru-baru ini mendaftarkan perkahwinan mereka dan sudah memaklumkan perkara ini kepada orang terdekat,” kata seorang sumber kepada portal berkenaan.

Woo Sung mempunyai anak luar nikah dengan Ga Bi.
Nama Woo Sung sering menjadi bualan ramai kerana statusnya sebagai pelakon kacak dan terkenal, justeru ramai tertanya-tanya siapa wanita yang bakal menjadi isterinya.
Namun, segalanya berubah pada November 2024 apabila Moon Gabi mendedahkan dia mempunyai seorang anak, dan portal Dispatch mengesahkan Woo Sung sebagai bapa kandung bayi tersebut.
Walaupun begitu, Woo Sung memilih untuk menjaga anak dari jauh dengan membayar nafkah, manakala Ga Bi membesarkan anak itu sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia Jung Woo Sung mula terbongkar, rupanya ada 3 teman wanita termasuk skandal bersama isteri orang
ARTIKEL BERKAITAN: Jung Woo Sung mengaku bapa kepada anak Moon Ga Bi, syarikat pengurusan tampil beri penjelasan!
Agensi Woo Sung, Artist Company memberitahu mereka sedang menyiasat laporan Mydaily tersebut.
Untuk rekod, Ga Bi dan Jung Woo dilaporkan mulai rapat pada tahun 2022 namun tidak pernah menjalinkan hubungan secara rasmi.
Ga Bi sebelum ini mendedahkan dia telah melahirkan seorang anak pada April tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


