KELIBAT isteri kepada penyanyi Justin Bieber iaitu Hailey di New York City pada Khamis lalu mencuri perhatian apabila dia dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinannya.
Menerusi foto yang dikongsi Page Six, Hailey dilihat mengenakan jaket panjang berwarna khaki dan cermin mata hitam tanpa menyarung cincin perkahwinan yang bernilai RM2.1 juta (AS$500,000).
Hailey ketika itu terlihat cemas semasa keluar dari keretanya yang berwarna hitam sebelum menutup muka dengan tangannya.
Hailey kerap menunjukkan tangannya tanpa cincin.
Pada hari yang sama, Hailey sekali lagi dilihat tidak menggayakan cincin perkahwinanya ketika ditemui di syarikat model Camila Morrone dan Suki Waterhouse.
Hal ini menimbulkan tanda tanya ramai memandangkan Hailey sebelum ini dipercayai tidak pernah menanggalkan cincin perkahwinannya itu.
Tindakan Hailey itu sekali gus menguatkan lagi spekulasi rumah tangga bersama Justin sedang dilanda masalah.
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai bimbangkan kesihatan Justin Bieber, rupanya isteri sedang derita ketumbuhan
ARTIKEL BERKAITAN: Keluar bersama isteri gagal henti spekulasi rumah tangga, wajah cengkung Justin Bieber buat peminat bimbang
Bagaimanapun wakil Hailey enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi itu.
Khabar angin pasangan berkenaan berdepan masalah rumah tangga sudah lama dihidu peminat terutama selepas Hailey berhenti mengikuti Justin di Instagram miliknya pada Mac lalu.
Untuk rekod, Justin dan Hailey berkahwin pada September 2018 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki bernama Jack Blues.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube