SELEPAS sembilan tahun disisihkan daripada dunia lakonan kerana kesalahan menerima perkhidmatan pelacuran, pelakon Uhm Tae Woong dipercayai akan membuat kemunculan semula.
Memetik laporan The Korea Times, Tae Woong bakal membuat kemunculan semula menerusi drama thriller berjudul 'I Kill You' arahan Yoo Ha.
Dia juga dijemput secara rasmi untuk hadir ke Festival Filem Fantastik Antarabangsa Bucheon (BIFAN) ke-29.
Yoon Hye Jin tetap menyokong suaminya.
Sementara itu, isterinya iaitu Yoon Hye Jin meluahkan rasa terharu dan berharap suaminya itu dapat kembali aktif dalam dunia seni.
Biarpun pernah terpalit kontroversi, Hye Jin tetap menunjukkan sokongan kepada suaminya walaupun pernah mengalami keguguran disebabkan skandal Tae Woong.
Pada 2016, Tae Woong dituduh melakukan serangan seksual di rumah urut di Seongnam, Wilayah Gyeonggi, Korea Selatan.
ARTIKEL BERKAITAN: Choi Min Hwan terpalit isu pelacuran, FT Island kena ‘pulau’ peminat
ARTIKEL BERKAITAN: 7 tahun jadi pasangan kekasih, peminat mahu Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin cepat kahwin
Pertuduhan tersebut bagaimanapun digugurkan namun Tae Woong tetap didenda kira-kira RM3 Juta (1 Juta Won) kerana terlibat dalam pelacuran.
Malah kerjayanya sebagai pelakon terkenal juga musnah susulan kejadian tersebut.
Tae Woong juga menarik diri daripada semua aktiviti hiburan dan meninggalkan dunia lakonan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube