BINTANG Bollywood Salman Khan kekal dengan prinsip tidak mahu berkahwin meskipun usianya sudah mencecah 60 tahun.
Salman memberitahu sehingga hari ini dia masih trauma apabila memikirkan tentang perkahwinan yang dirancang bersama aktres Sangeeta Bijlani pada 27 Mei 1994 tidak berjaya.
Salman hampir berkahwin namun gagal kerana didakwa curang.
Lebih menyedihkan apabila kad jemputan pernikahan mereka sudah dicetak dan diedarkan kepada para tetamu membuatkan aktor itu terpaksa menanggung malu.
"Kad jemputan perkahwinan saya dan Sangeeta telah dicetak, tetapi tiba-tiba semuanya terpaksa dibatalkan," katanya.
Menurut laporan media, perkahwinan tersebut terpaksa dibatalkan pada saat akhir selepas Salman 'kantoi' tidak setia terhadap aktres itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Salman Khan jadi sasaran bunuh kumpulan gangster, beli kenderaan kalis peluru demi keselamatan
ARTIKEL BERKAITAN: Sahabat dedah tabiat Salman Khan suka telefon lewat malam, marah kalau tidak berjawab
Dakwa Sangeeta, Salman didakwa curang dengan pelakon Somy Ali beberapa hari sebelum majlis perkahwinan.
Sangeeta difahamkan kecewa dengan kecurangan dilakukan Salman dan memilih untuk menamatkan hubungan mereka.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube