TUJUH tahun menyulam bahagia, ramai tidak sangka hubungan pasangan selebriti Korea Selatan Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin masih kekal bertahan sehingga kini.
Mula mengenali antara satu sama lain ketika menjalani penggambaran program variasi Running Man pada September 2016, peminat berharap mereka berdua dapat melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
"Saya tidak tahu mereka akan bertahan selama ini. Saya harap mereka cepat berkahwin.
Sun Bin ketika menjadi tetamu Jee Seok Jin.
"Saya berharap mereka akan berkongsi berita perkahwinan di Running Man nanti.
" Inilah pasangan yang saya harap tidak akan putus. Semoga hubungan Sun Bin dan Kwang Soo bertahan lama," tulis netizen.
Komen tersebut diambil menerusi video temu bual Sun Bin, 31, yang menjadi tetamu jemputan bagi program Jee Seok Jin World yang bersiaran di YouTube.
ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan cinta diketahui umum, Lee Kwang Soo bimbang rakaman ‘Running Man’ terganggu
ARTIKEL BERKAITAN: Rancang kahwin 2021, Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin dah beli rumah
Untuk rekod, Sun Bin dan Kwang Soo mula bercinta pada Disember 2018.
Kedua-duanya juga terbuka berkongsi mengenai hubungan cinta mereka kepada media dan umum.
Sebelum ini pernah timbul dakwaan pasangan ini bakal berkahwin pada 2021, namun perkara tersebut tidak menjadi kenyataan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube