suria

Ju Hak Nyeon tidak berdiam, saman media sebar berita palsu... Dakwa syarikat sengaja tamatkan kontrak tanpa sebab

Nama Hak Nyeon tercemar susulan kontroversi pelacuran.

TEGAS dengan pendirian, penyanyi Ju Hak Nyeon tidak berdiam apabila namanya terus dicemari susulan kontroversi yang mendakwa dia terlibat dalam aktiviti pelacuran. 

Hak Nyeon dalam satu kenyataan memberitahu dia bakal mengambil tindakan saman terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu berkaitan dirinya. 

"Walaupun telah menafikan, namun masih ada yang mengeluarkan cerita tentang saya. Berhubung isu ini saya akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah sivil dan jenayah. 

Hak Nyeon minta henti penyebaran berita palsu tentang dirinya. 

"Jika ada bukti saya terlibat dalam aktiviti pelacuran, sila kemukakan bukti dengan segara," katanya dalam satu kenyataan. 

Tidak hanya itu, dia juga mahu mengheret bekas syarikat pengurusan kerana menamatkan kontraknya secara tiba-tiba tanpa alasan kukuh. 

Hak Nyeon juga mendakwa syarikat berkenaan sengaja menjadikan isu tersebut sebagai alasan dan tidak bertanggungjawab dalam melindungi artis mereka. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas ahli The Boyz sangkal dakwaan terlibat skandal langgan pelacur, foto bersama pelakon dewasa Jepun tidak melibatkan aktiviti haram 

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri bongkar kisah lama, Choi Minhwan boleh dipenjara terlibat aktiviti pelacuran

Lebih teruk lagi, nama Hak Nyeon juga digugurkan sebagai salah seorang anggota kumpulan The Boyz. 

"Pihak syarikat mengarahkan saya keluar dan menuntut ganti rugi sebanyak RM6.8 juta, tetapi saya tidak pernah bersetuju. 

Hak Nyeon pertahan hak sebagai artis. 

"Adakah wajar sebuah syarikat yang sepatutnya melindungi artis tetapi telah menamatkan kontrak dan memaksa bayar ganti rugi," ujarnya. 

Penyanyi itu turut memaklumkan dia sudah menerima surat saman daripada pihak syarikat serta amaran yang akan berlaku atas segala tindakannya. 

Tambah Hak Nyeon, dia berani bersuara agar dapat menjadi contoh kepada lebih ramai orang yang mengalami nasib sama sepertinya. 

Isu melibatkan Hak Nyeon mula timbul apabila tular gambar dia menghadiri sebuah acara bersama pelakon filem porno dari Jepun bernama Asuka Kirara. 

Tidak menafikan berlaku pertemuan itu, Hak Nyeon bagaimanapun menolak dakwaan dia membayar Asuka sejumlah wang untuk aktiviti pelacuran. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain