GARA-GARA mengambil keputusan untuk tidak berkongsi wajah anak kepada umum, pasangan selebriti Thariq Halilintar dan Aaliyah Massaid menerima pelbagai reaksi negatif netizen.
Terbaharu terdapat individu yang membuat andaian wajah anak Thariq dan Aaliyah mengalami kecacatan fizikal sehingga pasangan itu malu mahu menunjuk zuriat mereka kepada khalayak.
Kesal dengan tuduhan dilemparkan, Aaliyah, 23, menegaskan dia sama sekali tidak akan memaafkan individu yang berkata buruk tentang anaknya.
Aaliyah dan Thariq sepakat sorok wajah anak buat sementara waktu.
Malah Aaliyah berharap komen buruk yang dibuat netizen menerima balasan setimpal daripada Tuhan.
"Saya tidak akan sesekali maafkan mereka yang mengeji anak saya.
"Harap doa yang buruk itu kembali kepada mereka," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Baru tiga hari bersalin, Aaliyah Massaid dikecam hadir ke majlis kahwin rakan baik
ARTIKEL BERKAITAN:Bayi dalam kandungan asyik menendang sampai susah Aaliyah Massaid nak tidur
Sebelum ini, Aaliyah dan Thariq mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka kepada umum buat sementara waktu kerana mahu menjaga privasi keluarga.
Untuk rekod, Aaliyah mendirikan rumah tangga dengan Thariq pada 26 Julai tahun lalu.
Mereka dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Ahmad Arash Omara Thariq pada 13 Jun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube