suria

Hubungan cinta diketahui umum, Lee Kwang Soo bimbang rakaman ‘Running Man’ terganggu

Lee Kwang Soo.

PELAKON Lee Kwang Soo memberitahu dia bimbang untuk datang rakaman program variasi Running Man selepas berita mengenai hubungan cintanya didedahkan.

Menurut laporan Allkpop, Lee Kwang Soo mendedahkan perkara itu ketika menghadiri sidang media program tersebut.

"Perkara yang paling menakutkan saya selepas berita mengenai hubungan cinta saya adalah datang ke rakaman Running Man pada Isnin," katanya.

Program tersebut menjalani rakaman penggambaran pada setiap Isnin.

Sementara itu, ahli Running Man iaitu Yoo Jae Suk turut mengelar Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin sebagai pasangan Lee Lee.

Pada 1 Januari lalu, Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin telah mengesahkan mereka kini sedang menjalinkan hubungan cinta sejak lima bulan lalu.

Lee Kwang Soo, Lee Sun Bin

Artikel Lain