SELEPAS lebih 20 tahun terlibat dalam dunia seni, kisah silam pelakon Cho Jin Woong akhirnya terdedah apabila terdapat dakwaan bahawa dia merupakan seorang remaja bermasalah.
Laporan eksklusif Dispatch menyebut, Jin Woong, 49, secara diam menyembunyikan kontroversi masa lalu termasuk kisah dia pernah dihantar ke pusat tahanan juvana.
Beberapa sumber memberitahu bahawa Jin Woong terlibat sebagai salah seorang daripada kumpulan remaja bermasalah dan mereka telah melakukan pelbagai aktiviti jenayah.
Lebih mengejutkan, pendedahan tersebut turut mendakwa pelakon itu pernah dibicarakan di mahkamah atas kesalahan cubaan merogol ketika berada di tahun kedua sekolah menengah.

Jin Woong tukar identiti demi mengaburi mata peminat.
“Jin Woong dan kumpulannya cuba merogol seseorang di dalam kereta curi. Mereka semua dihantar ke pusat tahanan juvana. Dia menghabiskan setengah tahun di pusat juvana,” jelas satu sumber.
Disebabkan rekod jenayah yang pernah dilakukan sebelum ini, Jin Woong menggunakan nama bapanya sebagai nama pentas.
Dia sebenarnya dilahirkan dengan nama Cho Won Joon.
Pelakon ini dilahirkan pada 6 April 1976, namun dia menyebut tarikh lahirnya sebagai 3 Mac 1976.
ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan melampau Park Na Rae bawa padah, bekas pengurus failkan saman... Berang kerja seperti pembantu rumah
ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun tiada pasangan, Jackson Wang lepaskan ‘kepuasan sendirian’... Ramai faham maksud sebenar
Pada tahun 1996, Jin Woong melanjutkan pengajian di Kyungsung University sebelum memulakan kerjaya sebagai pelakon teater.
Nama Jin Woong mula dikenali selepas dia terlibat dalam drama Once Upon a Time in High School pada tahun 2004.
Ketika awal pembabitannya dalam dunia seni, dia juga pernah ditahan pihak berkuasa atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


