IBU kepada pelakon Zendaya, Claire Stoermer tampil memberi respons terhadap dakwaan dakwaan bahawa anak perempuannya itu sudah berkahwin dalam satu majlis tertutup sebelum ini. Menerusi perkongsian di Instastory miliknya, Claire memuat naik semula rakaman video penata gaya selebriti, Law Roach, ketika ditemu bual oleh Entertainment Tonight mengenai khabar angin perkahwinan Zendaya bersama aktor Tom Holland.Kenyataan ibu Zendaya (kiri) menarik perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut, Claire menyertakan kapsyen ringkas berbunyi "the laugh", seolah-olah memberi bayangan bahawa dia menganggap kenyataan itu sebagai sesuatu yang tidak benar.Kisah tentang majlis perkahwinan Zendaya dan Tom mula timbul selepas Law secra terbuka mendedahkan perkara tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Penata gaya ‘pecah lubang’ Tom Holland, Zendaya sudah berkahwinARTIKEL BERKAITAN: Tom Holland jumpa bapa Zendaya minta izin, sudah sedia bergelar suamiDia bagaimanapun tidak tidak memperincikan tarikh mahupun lokasi majlis yang didakwa sudah berlangsung itu.Terdahulu, Tom juga pernah secara spontan menyebut Zendaya sebagai tunangnya dalam satu sesi temu bual, sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat.Untuk rekod, pasangan ini mula berkenalan ketika sama-sama membintangi filem Spider-Man sekitar tahun 2017 sebelum hubungan mereka menjadi perhatian umum.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube