suria

Kareena Kapoor dedah tidak pernah berpuasa walaupun suami Muslim

Kareena dan Saif (kanan) berkahwin pada 2012.

PELAKON Bollywood, Kareena Kapoor mendedahkan dia tidak pernah berpuasa meskipun suaminya, aktor Saif Ali Khan beragama Islam. 

Memetik laporan NDTV, sebuah klip lama kembali tular apabila wartawan bertanya kepada Kareena sama ada dia berpuasa sewaktu bulan Ramadan. 

Tanpa berselindung, aktres filem Kabhi Kushi Kabhi Gham itu memberitahu dia sentiasa menikmati makanan tanpa berpuasa.

Kareena (kanan) mengakui tidak pernah berpuasa.

Kareena (kanan) mengakui tidak pernah berpuasa.

"Tidak (puasa), saya makan 24 jam (hari-hari) seminggu. Tidak langsung, tak pernah (puasa). 

"Sepanjang hidup saya pun tak pernah buat," jawabnya ringkas. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kareena Kapoor jaga makan dan bersenam, mahu bekerja sampai usia 85 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Kareena Kapoor bongkar rahsia suami, katanya Saif Ali Khan tak pernah ganti pakaian... Selesa sarung baju berlubang

Untuk rekod, Saif dan Kareena mendirikan rumah tangga pada 2012.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Taimur Ali Khan, 10 dan Jeh Ali Khan, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain