suria

Sel kanser semakin merebak… Vidi Aldiano anggap kemoterapi seperti jalani rawatan di spa

Penyakit yang dihidapi tidak pernah buat Vidi patah semangat.

PENYANYI asal Indonesia, Vidi Aldiano mendedahkan penyakit kanser yang dihidapinya sejak tiga tahun lalu mula merebak ke beberapa bahagain tubuh meskipun telah menjalani pembedahan pada Disember 2019.

Disebabkan itu, Vidi, 33, berkata dia perlu menjalani rawatan kimoterapi tiga minggu sekali.

"Sudah memasuki tahun ketiga saya menjadi cancer warrior. Mungkin ramai yang belum tahu sejak tahun lalu 'kiriman' Tuhan ini mula merebak ke bahagian lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Billy Miller meninggal dunia dua hari sebelum ulang tahun kelahiran, didakwa berdepan depresi

"Seiring waktu berjalan, saya belajar untuk menerima keadaan diri ini dan bersyukur dengan apa yang Tuhan berikan kepada saya sepanjang tahun ini," katanya.

Vidi menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya ketika dia bersama gambar dia sedang menjalani rawatan kimoterapi.

Reda dengan ujian penyakit ini, Vidi secara berseloroh menganggap sesi tersebut sebagai rawatan kesihatan di spa buat dirinya.

vidi aldiano 2

Vidi tetap meneruskan kerjaya seni walau menghidap kanser.

"Saya tidak boleh putus asa sepanjang diberi kekuatan untuk melawan peyakit ini. Saya harus teruskan hidup dan boleh berkarya untuk memberi senyuman buat anda semua," ujarnya.

Vidi sebelum ini pernah menjalani pembedahan membuang sel kanser di Singapura pada Disember 2019 selepas disahkan menghidap kanser ginjal.

Dia juga jarang berkongsi tentang penyakitnya itu sehingga ramai menyangka dirinya sudah sembuh sepenuhnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain