RUMAH tangga pempengaruh Indonesia, Clara Shinta sekali lagi berdepan kontroversi selepas dia mendakwa menemui bukti suaminya, Muhammad Alexander Assad melakukan panggilan video (VC) seks dengan wanita lain ketika mereka sedang bercuti di Bangkok, Thailand.Insiden itu didedahkan sendiri oleh Clara melalui beberapa hantaran di Instagram pada pagi Isnin. Clara turut mengakui dia berasa panik kerana tindakannya mendedahkan aib rumah tangga berkemungkinan menjadi tumpuan orang ramai, lebih-lebih lagi dia berada di negara asing.Clara dakwa temui bukti suaminya lakukan VCS dengan wanita lain.“Saya minta maaf, saya bukan oversharing, tetapi anda semua pasti tahu betapa gementarnya saya. "Pasti anda faham dan saya juga sedang berada di negara orang, tidak tahu hendak berbuat apa dan bagaimana,” jelasnya.Ironinya, insiden ini berlaku hanya beberapa bulan selepas pasangan tersebut menghadapi krisis rumah tangga pertama pada Oktober 2025.ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik tak boleh jauh dengan kekasih, video call 24 jam sehari termasuk waktu mandiARTIKEL BERKAITAN: Paula tak jawab panggilan telefon dijadikan content, netizen minta Baim Wong henti burukkan isteriKetika itu, Clara pernah berkongsi pengalaman suaminya memberi silent treatment sehingga dia tampil ke podcast menceritakan masalah tersebut.Malah, pada November 2025, Clara sempat menyatakan dirinya menyesal kerana mendedahkan masalah rumah tangga mereka di media sosial.Kini, apa yang sepatutnya menjadi percutian romantik buat mereka akhirnya bertukar menjadi episod getir yang menimbulkan persoalan mengenai masa depan perkahwinan mereka di mata umum.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube