suria

Wanita dedah pengalaman pelik bekerja dengan artis popular, tak boleh bertentang mata jika berjumpa

Setiap selebriti memiliki ragam berbeza.

SEORANG wanita yang dikenali sebagai Sara Kim di akaun TikTok miliknya berkongsi beberapa pengalaman pelik sepanjang beberapa tahun dia bertugas sebagai pengurus acara dan penterjemah untuk artis Korea Selatan.

Antara yang mencuri tumpuan ialah sikap angkuh seorang penyanyi yang hanya mencuci muka dan memberus gigi dengan menggunakan air mineral jenama terkenal.

Air mineral tersebut merupakan jenama dari Perancis dan dianggarkan berharga RM10 sebotol dengan kuantiti 500 mililiter.

Sara turut mendedahkan dia menerima layanan tidak baik daripada pihak atasan syarikat pengurusan artis yang memberi arahan kerja di luar bidang tugasnya.

Pihak pengurusan mengawal ketat privasi artis K-pop. 

Menurut Sara, seorang pemilik syarikat pengurusan artis pernah meminta dia membawa anak-anaknya bermain di sebuah taman tema ketika terlibat dalam sebuah konsert.

Selain itu, antara pengalaman lain yang pernah dilalui adalah dia tidak dibenarkan bertentang mata dengan mana-mana artis jika berselisih di koridor hotel.

Mana-mana pengurus acara atau penterjemah yang didapati melakukan perbuatan sedemikian akan dipecat serta-merta.

ARTIKEL BERKAITAN: 25 tahun tidak berjumpa, Takuya nekad pulang ke Jepun cari bapa kandung… Pertemuan singkat penuh air mata 

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup tak makan demi jaga badan, Jungkook dan Jimin teruk dikecam

Sara bagaimanapun tidak menyebut sebarang nama secara spesifik, namun perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai termasuk mereka yang melalui pengalaman sama.

“Saya juga pernah bekerja dengan artis K-pop. Saya diarahkan supaya tidak bercakap dengan mereka atau memberi sebarang respons jika mereka bercakap.

“Saya juga bekerja sebagai penterjemah. Saya tidak terkejut mendengar cerita awak.

“Saya bekerja sebagai jurugambar. Saya pernah diarahkan supaya tidak melihat ke arah artis berkenaan, namun perlu merakam videonya,” komen beberapa individu berbeza.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain