suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sanggup berkorban jaga isteri hidap kanser payudara, Nizam Laksamana buang perasaan penat demi insan tersayang

PENYANYI Nizam Laksamana mengakui pernah berasa penat menjaga isterinya, Salwati Zulkifli yang menghidap kanser payudara. 

Namun, dia memilih menyembunyikan perasaan itu demi memastikan kestabilan emosi isterinya.

Menurut Nizam atau Mohd Nizam Pechok, 59, sebagai suami dia kini mengambil alih kebanyakan urusan rumah tangga termasuk memasak dan membasuh pakaian kerana isterinya mudah keletihan selepas menjalani rawatan.

“Abang pun manusia, ada masa burn out tapi jangan sesekali tunjuk penat depan dia. Kalau nak menangis, abang keluar rumah, lepas semuanya di luar dan balik semula dengan senyuman. Sebagai suami, kita kena jadi kuat untuk dia.

“Dah bertahun-tahun isteri tak masak, abang yang masak, basuh baju dan urus kerja rumah. Itu cara abang ringankan beban dia,” katanya kepada mStar.

Baginya tiada apa yang lebih bernilai berbanding pengorbanan jasa isterinya yang sanggup menerima dirinya ketika susah dan membesarkan empat cahaya mata mereka sejak awal perkahwinan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi