suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nama belum cukup dikenali, Melissa Aurellia akui kecil hati tapi tak sanggup buat gimik popularkan diri

PELAKON Melissa Aurellia mengakui tergores hati apabila berdepan pelbagai tanggapan negatif terhadap dirinya kerana masih belum dikenali ramai.

Melissa atau Melissa Quek Ai Ying, 24, bagaimanapun berkata perkara itu tidak menjatuhkan semangatnya, malah membuatkan dia ingin terus bekerja keras membina nama.

Bagi Melissa, gimik bukanlah jalan pintas untuk dikenali namun dia yakin dengan ketentuan rezeki itu.

“Tipu la kalau cakap tak kecil hati sikit bila orang tak kenal kita kan, tapi perkara itu ingatkan saya supaya perlu kerja lebih keras lagi untuk naikkan nama saya.

“Saya ni jenis yang tak reti untuk buat gimik atau content di media sosial, bukan cara saya cuma tak ada la sampai nak buat apa saja janji dapat job berlakon.

“Bagi saya mudah kalau ada tawaran tu jadi memang rezeki buat saya la, jadi tak ada nak buat perkara pelik-pelik semata-mata nak perhatian,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi