suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ryzal Ibrahim tunjuk Vespa 946 Dior, ‘second hand’ tapi harga boleh tahan… Takut tengok jelingan Maryam!

SEGMEN Bizibody kali ini menampilkan personaliti media sosial Ryzal Ibrahim yang berkongsi mengenai motosikal terbaharu yang dibelinya iaitu Vespa 946 edisi terhad Christian Dior.

Meskipun dibeli secara second hand, Ryzal atau Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, 34, berkata dia tidak melepaskan peluang untuk memiliki motosikal berkenaan selepas mengetahui ia dijual oleh seorang kenalan yang tidak lagi mahu menyimpannya.

Menurut Ryzal, walaupun ada yang mendakwa harga pasaran motosikal itu mencecah RM200,000, namun dia berjaya mendapatkannya pada harga yang lebih rendah daripada nilai semasa.

Lebih mencuri perhatian apabila pembelian tersebut dikatakan seperti tidak mendapat 'restu' daripada isterinya yang juga pempengaruh, Maryam You Narae, sekali gus mengundang pelbagai reaksi lucu daripada peminat.

Dalam pada itu, Ryzal turut mendedahkan dia mempunyai perancangan untuk melakukan beberapa pengubahsuaian pada motosikal berkenaan bagi menjadikannya lebih unik mengikut cita rasanya pada masa hadapan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi