suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya kalau sakit kuat makan”... Berat badan Awie naik, masih jalani rawatan akibat jangkitan paru-paru

PENYANYI Datuk Awie memaklumkan tahap kesihatannya semakin bertambah baik selepas mengalami masalah jangkitan kuman pada paru-parunya.

Menurut Awie, 58, dia perlu mendapatkan rehat secukupnya selain menjalani rawatan susulan di hospital setiap bulan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan lancar.

“Keadaan saya makin baik dan okay sekarang ini, cuma kena banyak rehat saja. Alhamdulillah, jangkitan kuman pada paru-paru semakin baik juga sebab saya ikuti rawatan susulan setiap bulan di hospital.

“Doktor nasihat kena rehat banyak untuk keringkan lendir yang ada pada paru-paru ini. Bila keadaan okay, barulah doktor lepaskan pantauan, waktu itu suara saya jadi sengau dan kekuatan vokal serta pernafasan terganggu," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, vokalis kumpulan Wings itu turut berkongsi berat badannya bertambah dan selera makan juga meningkat sepanjang tempoh sakit.

“Bila sakit macam ini saya jadi kuat makan, berat saya dulu 76 kilogram tapi sekarang naik tiga kilo jadi 79 kilogram, macam-macam makanan saya makan sebab sakit ini,” luahnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi