suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Denda RM20,000 pengajaran terbesar Shuib dan Mamat, Dol's Podcast lebih berhati-hati pilih penaja

PELAWAK dan pengacara Dol’s podcast iaitu Shuib dan Mamat Sepah memberitahu mereka akan lebih berhati-hati terutamanya dalam memilih pihak penajaan selepas ini.

Shuib atau Shahmira Muhammad, berkata pengalaman berdepan tindakan undang-undang sebelum ini menjadi pengajaran besar buat mereka dalam menguruskan kandungan serta kerjasama dengan pihak penaja.

“Kami memang lebih berhati-hati terutamanya dalam pilih penaja untuk Dol’s podcast sebab tak nak lagi berlaku isu macam sebelumnya sampai kena saman.

“Isu saman tu sudah selesai sebab saya sudah bayar denda sebanyak RM20,000 dan perkara itu menjadi satu pengajaran yang besar buat Dol’s Podcast.

“Apa pun kita kena hormati undang-undang dan lepas ni memang kami sangat menjaga siapa pihak penaja supaya isu ini tidak berulang lagi,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Shuib didenda oleh Mahkamah Majistret Putarajaya susulan didakwa atas kesalahan mempromosikan produk rokok elektronik (vape) di saluran podcast miliknya, Dol's Podcast pada tahun 2024.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi