suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azhan Rani tak setuju cadangan hentikan aktiviti ‘hiking’, semua sukan ada risiko... Paling penting persiapan diri

PELAKON Azhan Rani tetap meneruskan aktiviti mendaki biarpun kebelakangan ini timbul pelbagai isu membabitkan kehilangan pendaki di kawasan hutan dan gunung.

Menurut Azhan atau Azhan Abdul Rani, 50, setiap aktiviti lasak mempunyai risiko tersendiri, namun ia tidak seharusnya menjadi alasan untuk seseorang terus meninggalkan hobi yang diminati.

Sebaliknya, Azhan berkata aspek keselamatan dan persiapan perlu diberikan perhatian bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini.

"Mendaki merupakan kombinasi hobi dan sukan, jadi risiko itu memang tetap akan ada. Saya tahu ada yang kata berhentilah mendaki, tapi tak boleh sebab minat setiap orang berbeza-beza, kita kena hormat ia sebagai satu sukan.

"Jadi, apa yang perlu kita lakukan ialah memperbaiki aspek keselamatan dan membuat persiapan yang rapi sebelum mendaki," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Azhan turut berkongsi pengalaman cemas apabila dia sendiri pernah berdepan detik hampir sesat ketika melakukan pendakian di Gunung Tahan, Pahang bersama dua orang rakannya.

"Saya pernah hampir hilang waktu mendaki Gunung Tahan bersama rakan-rakan. Waktu itu hujan dan keadaan sudah gelap. Kami tersesat sebab laluan dihalang pokok tumbang.

"Akhirnya kami hanya sampai ke destinasi sekitar pukul 10 malam," jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi