suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tegur artis lewat, Catriona Ross setuju tindakan Fasha Sandha... “Saya pun akan buat kalau too much”

PELAKON Catriona Ross menyokong tindakan aktres Fasha Sandha menegur seorang pelakon yang didakwa kerap datang lewat ke lokasi penggambaran sehingga menjejaskan jadual produksi.

Menurut Catriona atau Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 46, sikap tidak menepati masa bukan sahaja menyusahkan rakan pelakon, malah boleh menyebabkan keseluruhan jadual penggambaran tergendala.

Tambahnya, dia memahami kekecewaan yang diluahkan Fasha memandangkan aktres berkenaan sudah mengorbankan masa dan komited terhadap jadual kerja yang ditetapkan.

"Saya setuju dengan tindakan Fasha. Dia dah berkorban masa dan dia hormati masa yang diberikan. Jadi bila kita bekerja dengan orang yang tidak menghormati waktu, memang akan menjadi satu isu pada kita sebenarnya.

"Perkara sebegitu tak boleh nak harmoni dekat set kalau kita menyimpan perasaan tak puas hati. Kadang-kadang mungkin kita sudah suarakan pada penerbit tapi tak endah.

"Jadi untuk orang kata, menyenangkan kerja kita, mungkin kita sendiri yang terpaksa bercakap dengan individu tersebut. Saya tak rasa salah, sebab kalau saya di tempat Fasha, saya akan buat benda sama kalau perkara itu berlaku berulang kali," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Fasha meluahkan rasa kecewa terhadap seorang pelakon yang didakwa kerap datang lewat ke lokasi penggambaran sehingga mengganggu jadual produksi.

Bagaimanapun, Fasha memilih untuk tidak mendedahkan identiti pelakon berkenaan dan berharap teguran yang diberikan menerusi aplikasi WhatsApp sudah memadai untuk dijadikan pengajaran serta mengelakkan perkara sama berulang.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi