suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Emma Sofea pernah jadi mangsa buli, pilih ‘homeschool’ sebagai keputusan paling tepat

PELAKON Emma Sofea mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli sehingga berdepan pelbagai tuduhan dan fitnah yang memberi kesan besar terhadap dirinya ketika di usia muda.

Menurut Emma, 20, pengalaman pahit yang dilaluinya bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan, malah ada perkara yang terlalu berat dan peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

"Banyak benda saya lalui seperti difitnah dengan perkara yang terlalu kotor untuk saya ceritakan.

"Saya kena tuduh macam-macam dan dibuli dengan agak teruk pada usia muda.

"Tetapi jika saya tidak lalui perkara itu, saya tidak akan menjadi sekuat sekarang," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai cara dia berdepan cabaran tersebut, Emma berkata sokongan daripada rakan-rakan dan ibunya menjadi kekuatan utama untuk terus bangkit.

Katanya, dia turut mengambil keputusan untuk menjalani pembelajaran secara homeschool ketika berada di tingkatan empat sebagai salah satu langkah untuk menjaga kesejahteraan diri dan mental.

"Kawan-kawan dan ibu adalah penguat saya. Saya pilih untuk homeschool sewaktu tingkatan empat.

"Keputusan itu sangat berbaloi dan sedikit pun saya tidak menyesal," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 

 

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi