suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Eman Manan dapat Datuk

Eman dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.).

PELAKON veteran Eman Manan menerima Bintang Darjah Kebesaran sempena Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada Ahad.

Eman atau nama sebenarnya Abdul Manan Embong, 68, menerima Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Datuk.

Istiadat penganugerahan berlangsung di Istana Syarqiyyah, Bukit Chendering, Kuala Terengganu.

Antara foto-foto yang dikongsikan peminat Eman.

Antara foto yang dikongsikan peminat Eman.

Berita gembira itu turut dikongsikan pelawak Amir Raja Lawak serta beberapa peminat menerusi media sosial.

Eman mula mencipta nama dalam dunia lakonan pada usia 26 tahun menerusi filem Matinya Seorang Patriot pada 1984.

Sepanjang lebih empat dekad bergelar anak seni, Eman mengukir pelbagai kejayaan, termasuk tiga kali memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) edisi ke-5, ke-10 dan ke-17 menerusi filem Matinya Seorang Patriot, Bintang Malam dan Buai Laju-Laju.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya kecewa kalau kerja dihasilkan tidak ditonton” - Eman Manan

ARTIKEL BERKAITAN: Fokus buat filem terbaik, Eman Manan tak ambil tahu isu ‘kartel’

Selain itu, Eman turut empat kali meraih Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular pada edisi pertama, ketiga, keenam dan ketujuh, selain dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada 1992.

Tidak terhenti di situ, Eman turut memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur (MPFKL) 2024 menerusi filem Takluk: Lahad Datu.

Sekadar info, Eman pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Fauziah Datuk Ahmad Daud pada 1990 sebelum mereka berpisah pada 2003.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain