PENYANYI Bella Astillah berkongsi momen manis bersama anak lelakinya, Ayden Adrean selepas dia mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 28 Mac lalu.Kata Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, Ayden sangat teruja dengan berita pertunangannya kerana tidak sabar untuk meraikan Hari Bapa pada Jun depan. Kongsinya, sebelum ini ketika melakukan aktiviti deko sempena Hari Bapa, Ayden keliru kerana tidak tahu kepada siapa kad ucapan yang dihasilkannya harus diberikan.Bella (kanan) berkongsi cerita menerusi program audio siar Era FM."Bila lepas bertunang tu dia (Ayden) dia cakap gembira sangat. Bagi Bella kebahagiaan anak-anak nombor satu. "Apabila mereka gembira saya pun senang. Akhirnya insya-Allah tahun ini kalau kena buat aktiviti deko di sekolah, Ayden boleh buat sesuatu untuk bagi kad hari bapa. "Ayden kata bila buat dengan cikgu semua orang teruja dan tak sabar nak balik beri pada ayah, tapi untuk dia tak tahu nak beri pada siapa," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq serahkan rancangan perkahwinan kepada Bella Astillah, bakal nikah tahun iniARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah didakwa tak bagi anak-anak jumpa bekas suami, Didi Astillah tampil bersuaraBella berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual di program audio siar Era: Bella Astillah & Radin yang dimuat naik di saluran YouTube. Dalam pada itu, Bella turut menceritakan pengalaman Ayden tahun lalu yang meninggalkan kesan mendalam.Malah, anak sulungnya itu pernah menangis kerana tidak dapat menyerahkan kad ucapan Hari Bapa kepada individu yang selayaknya."Dia cakap akhirnya tahun ini dapat beri kad Hari Bapa. Maksudnya dia ingat sebab tahun lepas perkara ini berlaku dia menangis sebab tak tahu nak bagi dekat siapa. "Jadi lepas tunang baru-baru ini dia sebut semula cakap teruja nak tunggu sambutan Hari Bapa," ujarnya. Ayden (dua dari kiri) teruja mahu meraikan Hari Bapa pada tahun ini.Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur. Sebelum itu, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Aliff Aziz pada September 2016, namun bercerai pada Mac 2024. Selain Ayden, Bella dan Aliff turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan iaitu Ara Adreanna yang kini berusia 6 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube