suria

Selepas diuji keguguran, isteri Shuib didakwa sedang hamil... Netizen nampak ‘baby bump’

Peminat syak Watie hamil semula selepas beberapa bulan lalu alami keguguran.

SELEPAS melalui detik duka akibat keguguran beberapa bulan lalu, isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, Watie Hanifiah dikhabarkan kini sedang hamil buat kali kedua. 

Spekulasi itu tercetus selepas beberapa netizen mendakwa melihat 'baby bump' pada bahagian perut Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis.

Dalam video berkenaan, Watie dilihat sedang mencuci rambut anak tirinya, Thalita sambil berbual mesra.

Peminat dakwa Watie kembali hamil.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan ucapan tahniah selain mendoakan agar Watie sentiasa berada dalam keadaan sihat.

“Dah nampak baby bump tu, semoga semuanya dipermudahkan sampai waktu bersalin nanti.

“Jaga diri dan kesihatan untuk kandungan, Watie ya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuib keguguran, dapat petanda mimpi kehilangan ‘Bintang’ 

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak tengok Shuib ‘throwback’ momen isteri umum hamil di Tanah Suci, beri nama ‘Bintang’ anak Makkah

“Saya pun nampak macam ada baby bump. Kalau betul, tahniah Watie dan Shuib," tulis netizen.

Bagaimanapun, sehingga kini Watie mahupun Shuib belum memberikan sebarang pengesahan mengenai dakwaan tersebut.

Sebelum ini, pada 11 Mei lalu Watie berkongsi khabar duka apabila mengalami keguguran ketika hamil anak pertama mereka.

Shuib dan Watie belum berkongsi kesahihan dakwaan hamil tersebut.

Menerusi hantaran di media sosial, Watie meluahkan rasa sedih kehilangan cahaya mata yang digelar 'Bintang', malah mendedahkan dia sudah mendapat petanda mengenai perkara itu menerusi mimpi sebelum disahkan mengalami keguguran.

Untuk rekod, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Shuib sebelum ini mempunyai empat cahaya mata hasil perkahwinan dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain