ISTERI kepada pelawak Shuib iaitu Watie berkongsi khabar duka mengalami keguguran ketika hamil anak pertama.
Meluahkan rasa sedih kehilangan bayi dalam kandungan, Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, memberitahu dia sudah mendapat petanda dalam mimpi berdepan situasi itu.
"Maaf kerana tak menjaga dengan baik saat kamu ada di dalam rahim mummy.
Luahan Watie di Instagram.
"Mummy dah dapat petanda dari mimpi yang Mummy akan keguguran. Setiap masa mummy fikir adakah mimpi itu akan jadi kenyataan.
"11 Mei 2025 mummy dapat berita kamu betul-betul pergi," katanya.
Watie menulis coretan itu dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Fikirkan masa depan, Shuib dan Watie dah sedia timang anak
ARTIKEL BERKAITAN: Shuib ‘up’ nafkah bulanan, Watie percaya suami ambil iktibar kes cerai Fattah dan Fazura
Malah dia turut menggelarkan janin dalam kandungan itu dengan panggilan Bintang.
Reda akan apa yang berlaku, Watie bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasai fasa hamil.
"Mungkin masih banyak yang perlu mummy pelajari sebelum kamu lahir ke dunia ini.
Watie bersama Shuib dan anak-anaknya.
"Mummy reda walau ia terasa perit untuk hadapi. Mummy tetap bersyukur Allah titipkan kamu walau hanya beberapa bulan yang indah," luahnya.
Sebelum ini desas-desus Watie sedang hamil menjadi bualan ramai apabila pengikut di media sosial mula ternampak baby bump dalam gambar yang dikongsi.
Untuk rekod Watie dan Shuib bernikah pada 23 Jun 2023.
Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!