SERING menerima tawaran watak berat dalam drama, pelakon Amyra Rosli menyambut baik setiap kepercayaan yang diberikan pihak produksi kepadanya.
Kata Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli, 34, sejak dia mula tampil berhijab karakter wanita air mata antara yang menjadi pilihan pengarah buatnya.
Tidak pernah mengeluh dia menganggap ia adalah satu tanggungjawab dan tugas yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin sebagai seorang pelakon.
Amyra tiada masalah untuk berlakon drama berat.
"Orang asyik cakap saya berlakon air mata sahaja, siapa saya nak menentukan perkara itu.
"Sebenarnya sejak saya jadi ibu dan berhijab, saya asyik dapat karya berat sahaja.
"Dulu masa waktu tak bertudung selalu dapat tawaran yang gedik-gedik," katanya kepada mStar.
Sedar akan permintaan penonton, Amyra juga perlu akur sekiranya watak sebegitu mampu menarik perhatian ramai.
ARTIKEL BERKAITAN: Amyra Rosli menangis kenang misi berbasikal Amar Baharin, tiba-tiba rasa tak kuat
ARTIKEL BERKAITAN: Amyra Rosli tak tunjuk buruk rumah tangga di media sosial, selesaikan masalah secepat mungkin
Namun sebagai seorang isteri dan juga ibu kepada dua orang cahaya mata, dia akan sentiasa pastia setiap karakter adalah bersesuaian.
"Selagi tak melanggar hukum dan bersesuaian dengan karakter saya, saya okay sahaja.
"Lagipun itulah yang netizen mahukan demi kebaikkan industri kita juga bila ada naskhah yang berkualiti," jelasnya.
Amyra ering diberikan watak berat selepas mendirikan rumah tangga.
Tambah pelakon ini penonton sekarang juga sudah bijak menilai kualiti sesebuah karya sehingga ia mendapat sambutan baik.
Malah perkembangan industri juga memperlihatkan semakin banyak drama yang mampu memberi impak positif.
"Sekarang saya sendiri nampak industri kita banyak hasilkan karya-karya berat dan itu perkara positif," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!