suria

Kecoh Amira Othman dah hamil, Fattah Amin minta doa ramai… “Insya-Allah masa itu akan sampai”

Fattah dan Amira minta netizen menghormati tindakannya.

PASANGAN selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman memilih untuk tidak terburu-buru mengulas dakwaan bakal menimang cahaya mata.

Kata Fattah, 36, mereka sama sekali tidak berniat untuk merahsiakan perkara baik, namun memerlukan ruang sehingga tiba masa yang sesuai untuk diumumkan.

“Macam kami cakap sebelum ini, Insya-Allah masa itu akan sampai. Sama ada cepat atau lambat, masa itu akan sampai. Kami akan umumkan bila semua sudah bersedia.

Fattah dan Amira tak menolak rezeki anak.

“Yang penting kita nak peminat dan rakan-rakan media mendoakan yang baik-baik. Sebab apa pun kita nak semuanya dipermudahkan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Seri Syawal Usanita pada Khamis. 

Sementara itu, Amira kekal tenang dan positif dalam menghadapi teka-teki peminat mengenai status dirinya. 

Baginya, soalan mengenai zuriat selepas berkahwin adalah perkara lumrah bagi setiap pasangan selebriti.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin tegur komen negatif ketika ‘live’, minta hormati usaha cari rezeki

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin tak sangka Fatima ada bakat menyanyi

"Kalau ada benda baik saya akan kongsi. Kalau saya pilih untuk tak komen, pastinya kita sudah fikirkan apa yang terbaik pada waktu bila nak berkongsi.

“Saya yakin peminat-peminat semua faham. Mereka pun menghormati kita punya keputusan sama ada nak kongsi atau tak kongsi," ujarnya.

Dalam masa sama, Fattah turut memberikan respons mengenai pendapat segelintir pihak yang menyatakan dirinya kelihatan lebih ‘glowing’.

Fattah dan Amira sentiasa bersyukur dengan dengan komen positif netizen.

“Alhamdulillah kalau tengok daripada segi fizikalnya Alhamdulillah nampak sihat, ‘glowing’ juga ya Alhamdulillah. 

“Kalau yang baik-baik itu keluar daripada mulut mereka, tak kisah di platform mana sekalipun, kami ucapkan terima kasih. Teruskan doa yang baik-baik, cakap yang baik-baik kepada kami,” katanya

Untuk rekod, Fattah dan Amira sah bergelar suami isteri pada 14 September tahun lalu. 

Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Fazura pada 27 November 2017 sebelum berpisah pada 7 Oktober 2024. 

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain