PENYANYI Athalia meluahkan rasa kesal terhadap tindakan seorang guru yang didakwa melampaui batas terhadap adiknya, Ariana Deena sehingga memberi kesan emosi yang serius.Athalia atau Athalia Deena Buswani, 23, berkata situasi bermula apabila guru berkenaan didakwa memantau media sosial keluarga mereka walaupun adiknya tidak hadir ke sekolah. Kata Athalia, tindakan tersebut mewujudkan persekitaran yang toksik dan akhirnya mendorong ibunya yang juga penyanyi Sharifah Zarina mengambil keputusan untuk memindahkan adiknya ke sekolah lain.Athalia kecewa dengan sikap segelintir pendidik."Pernah sampai tahap yang melampau apabila adik saya tak pergi ke sekolah tapi cikgu itu akan stalk Instagram kami dan mama. Esoknya di sekolah dia akan perli adik saya depan kelas."Sangat toksik, jadi mama ambil keputusan untuk cari sekolah lain dan pindahkan kedua-dua adik saya."Bila sudah pindah ke sekolah yang baharu, terus okay. Malah dia nampak lebih baik di situ. Akademik makin baik, dia pun sudah tak ada anxiety dan gembira," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Diasak soalan ‘siapa’, Athalia pilih berdiam diri isu diganggu suami selebriti popular... “Saya seperti anak mereka juga”ARTIKEL BERKAITAN: Athalia pernah berdepan hubungan toksik, terbawa-bawa emosi ke set penggambaran dramaAthalia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Indigital yang diadakan di LMP Event Hall, Petaling Jaya pada malam Rabu. Dalam pada itu, Athalia turut mendedahkan adiknya seorang pelajar yang cemerlang, namun tekanan di sekolah lama menyebabkan perubahan ketara pada dirinya.Tambahnya, ada ketika Ariana enggan ke sekolah akibat tekanan yang dialami. Dia berubah menjadi seorang yang tiba-tiba anxiety bila balik dari sekolah.ATHLIAPENYANYI"Adik perempuan saya itu kalau fasal akademik memang dialah orangnya (cemerlang) dalam keluarga kami."Tapi bila dekat sekolah, dia tak dapat fokus dan berubah menjadi seorang yang tiba-tiba anxiety bila balik dari sekolah."Kadang-kadang dia tidak mahu ke sekolah," ujarnya. Dalam masa sama, Athalia menasihatkan adik-adiknya agar tidak terlalu mempedulikan pandangan negatif orang lain, sebaliknya terus merendah diri."Tapi mungkin untuk adik-adik saya, perkara ini memberi tekanan apabila ada kakak dan ibu yang dikenali ramai.Ariana mendapat keputusan cemerlang dalam SPM."Saya cakap pada mereka, orang yang dengki itu biarkan sahaja. Apa yang kita boleh buat? Tapi jangan pula rasa berlagak bila ada kakak dan ibu dalam industri ini," katanya. Sebelum ini, Sharifah Zarina meluahkan rasa syukur dan gembira apabila anak keduanya itu memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan meraih 8A.Menurutnya, keputusan untuk menukarkan sekolah Ariana terbukti tepat apabila perubahan persekitaran memberi kesan positif bukan sahaja terhadap pencapaian akademik, malah kesihatan emosi dan keyakinan dirinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube