suria

Syed Saddiq berubah selepas kenal Bella Astillah, mula bercinta tahun lalu

Sahabat dedah perubahan sikap Syed Saddiq (kiri) selepas mengenali Bella.

SAHABAT baik kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, iaitu Adam Mohd Muhayeddin tampil berkongsi sisi peribadi rakannya itu yang disifatkan banyak berubah sejak mengenali pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Adam turut memuji keikhlasan Syed Saddiq dan percaya rakannya itu jujur dalam meluahkan rasa cinta terhadap Bella.

"Hanya nak beritahu, sebagai kawan Saddiq lebih 10 tahun ini, saya tahu awak (Bella) dah kenal, tetapi Saddiq banyak mengubah diri sejak kenal dengan Bella dan benda ini bukan dibuat-buat.

Syed Saddiq (tengah) memaklumkan tentang hubungannya dengan Bella kepada sahabat baik pada Julai tahun lalu.

Syed Saddiq (tengah) memaklumkan tentang hubungannya dengan Bella kepada sahabat baik pada Julai tahun lalu.

"Saddiq terlalu baik. Apa yang dia buat untuk awak semuanya ikhlas sebab dia nampak teruk kalau menipu atau berlakon."

Adam berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam masa sama, dia turut menceritakan detik pertama Syed Saddiq mendedahkan hubungan cinta dengan Bella sekitar Julai 2025 ketika mereka bercuti bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: BASS selamat bertunang! Syed Saddiq beri hantaran ‘rare’ buat Bella Astillah… Antaranya buka akaun Tabung Haji dan Simpan SSPN untuk anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah wanita pertama Syed Saddiq ucap ‘I Love You’, angka ‘448257’ jadi tanda tanya

"Sekitar Julai 2025, Saddiq panggil kawan-kawan baik dia pergi short trip untuk bincang sesuatu yang penting katanya.

"Apa yang kita tahu, masa itu Saddiq dan Bella rapat sebab 'kerja', bukan cinta sangat lagi. Maklumlah banyak kolaborasi dengan pelbagai jenama. Saya pun tak ambil pusing fasal BASS (gelaran Bella dan Syed Saddiq) atau apa.

"Masa short trip inilah Saddiq beritahu dia dan Bella secara rasmi menjadi pasangan kekasih, tak sampai sebulan lagi," ujarnya.

Sebagai seorang sahabat, Adam juga menjadi individu terawal mengetahui tentang perancangan majlis pertunangan Syed Saddiq dan Bella.

Malah, dia juga dipilih menjadi salah seorang 'dulang boys' yang terlibat secara langsung dalam majlis yang berlangsung pada Sabtu.

Berkongsi tentang simbolik dulang hantaran yang menjadi bualan ramai, Adam memberitahu idea tersebut merupakan pilihan Syed Saddiq sendiri.

"Berkenaan hantaran, 100 peratus idea Saddiq. Bukan idea kami. Masa mesyuarat pertama, dia tanya nak bagi apa, kami cakap hantaran biasa, simple sahaja seperti kek dan buah. Saddiq kata mana boleh. 'I am serious about it'," kongsinya.

Syed Saddiq (kiri) kini sudah menjadi tunangan Bella.

Syed Saddiq (kiri) kini sudah menjadi tunangan Bella.

Pada Sabtu, Syed Saddiq dan Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, menamatkan spekulasi mengenai hubungan mereka dengan mengikat tali pertunangan.

Antara yang menarik perhatian pada majlis berkenaan ialah lima dulang hantaran yang diserahkan oleh Syed Saddiq kepada Bella.

Syed Saddiq menyerahkan pemberian berbentuk kewangan dan masa depan termasuk pembukaan akaun Tabung Haji buat Bella serta dua akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) untuk dua anak pelakon itu, iaitu Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain