suria

Adira kongsi gambar bersama jejaka misteri, peminat mula ucap tahniah

Foto jejaka misteri yang dikongsi oleh Adira mula mencetuskan spekulasi ramai.

PENYANYI Adira Suhaimi sekali lagi menimbulkan spekulasi mengenai status hubungan cintanya selepas berkongsi foto bersama seorang jejaka misteri.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 35, berkongsi foto seorang lelaki yang wajahnya ditutup, namun jelas kelihatan jejaka tersebut berpenampilan rambut panjang paras bahu. 

Lebih menguatkan spekulasi apabila penyanyi itu menggunakan lagu latar Jangan Berhenti Mencintaiku nyanyian Ressa Herlambang.

Adira (kanan) sebelum ini pernah berkongsi foto jejaka misteri di Instagram. 

Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata peminat termasuk rakan meluahkan kegembiraan dan mendoakan kebahagiaan buat Adira. 

"Selalu doakan kakak saya yang cantik dan baik ini," komen Bella Astillah. 

Bagaimanapun, usaha mStar mendapatkan kenyataan daripada Adira tidak berhasil apabila panggilan dan mesej dibuat tidak dijawab. 

ARTIKEL BERKAITAN: Adira terkejut Datuk Red fail pengesahan rujuk dua hari lalu, serah kepada peguam

ARTIKEL BERKAITAN: Adira, Datuk Red didakwa rujuk dalam tempoh idah, fail pengesahan dua hari lalu

Sebelum ini, Adira memuat naik momen bersama jejaka misteri berkenaan beberapa hari menjelang Aidilfitri. 

Lelaki itu dilihat bersama anak-anak Adira menyaksikan pertunjukan bunga api tetapi hanya ditunjukkan dari bahagian belakang.

Untuk rekod, Adira sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. 

Namun, perkahwinan itu berakhir dengan penceraian pada 24 April 2024. 

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 6, dan Ayob, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain