suria

Nyanyian dan perniagaan perlu seimbang, Nubhan tak pernah fikir untuk tinggalkan kerjaya seni

Kerjaya seni tetap menjadi keutamaan Nubhan.

PENYANYI Nubhan tidak pernah berniat untuk meninggalkan kerjaya seni walaupun sibuk menguruskan perniagaan makanan miliknya. 

Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 40, berkata, sekiranya dia mahu aktif sebagai penyanyi dia perlu menyusun jadual sebaik mungkin agar kedua-dua bidang tersebut berjalan dengan lancar.

Biarpun menerima banyak undangan persembahan, namun dia tidak mahu perniagaan produk makanan terabai.

Nubhan cuba memberi fokus terbaik untuk bidang perniagaan dan kerjaya seni. 

"Untuk kerjaya dalam bidang seni, saya perlu menyusun jadual kerja dengan sebaiknya. Sebab itu saya tak boleh terima semua undangan persembahan pentas.

"Jika ada tawaran, saya akan melihat kesesuaiannya kerana terlalu sibuk dengan bisnes.

"Tak mungkin saya nak tinggalkan bidang nyanyian. Kalau dah tak mahu menyanyi, tidak mungkin saya menyertai Gegar Vaganza 12 (GV12) sebelum ini," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Takkanlah saya cari makcik”- Nubhan rasa lucu dituduh kena sihir hingga bercinta dengan wanita lebih tua, hanya kawan rapat  

ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan ikut cita rasa anak, tak kisah belanja besar buat persiapan raya

Penyanyi ini sekali lagi menegaskan penyertaannya dalam GV12 turut membuktikan dia masih aktif menyanyi.

Malah, program tersebut juga menjadi platform untuk kembali menaikkan semula namanya dalam bidang seni.

Nubhan sentiasa mencari idea menghasilkan karya seni baharu. 

"Jika perniagaan saya berada dalam keadaan yang baik, saya tiada masalah untuk mengambil tawaran nyanyian. 

"Namun disebabkan kedua-dua bidang ini perlu berjalan serentak, jadi saya perlu pilih mana yang terbaik pada ketika ini," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain