suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak sulung Abby Abadi selamat bertunang dengan gadis pilihan hati

Abby teruja bakal terima menantu lagi.

PELAKON Abby Abadi berkongsi khabar gembira apabila anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hati pada Sabtu.

Berita itu dimaklumkan Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Malah, Abby turut menitipkan doa agar segala urusan anaknya bersama pasangan dikenali Shalinda dipermudahkan hingga ke fasa seterusnya.

Majlis dihadiri kelurga terdekat kedua-dua belah pihak.

“Alhamdulillah, selamat bertunang Danish Hakim dan Shalinda.

“Semoga Allah mudahkan segala urusan untuk ke fasa seterusnya, amin,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Abby turut berkongsi momen menyarungkan cincin kepada bakal menantunya yang dipercayai berasal dari Singapura.

ARTIKEL BERKAITAN: Percutian satukan keluarga, Abby Abadi ucap terima kasih pada Norman Hakim kerana belanja tiket anak-anak ke Jepun

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia juga berhak diraikan” – Abby Abadi berangan adakan majlis sanding untuk Marissa Dania

Bagaimanapun, Abby tidak berkongsi secara terperinci mengenai majlis pertunangan tersebut, namun difahamkan ia berlangsung dalam suasana sederhana dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah pihak.

Hasil tinjauan, majlis itu turut dihadiri bekas suaminya, Norman Hakim bersama isteri, Memey Suhaiza serta anak-anak mereka.

Untuk rekod, hubungan cinta Danish dan Shalinda mula mencuri perhatian ramai sejak tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain