ANAK sulung kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah meluahkan rasa gembira apabila ibunya sudah bertemu dengan pilihan hati. Malah Mohamad Ayden Adrean, 9, turut dilihat teruja menerima kehadiran Syed Saddiq sebagai bakal bapanya tirinya. "Saya sangat gembira untuk mereka. Bertambah seorang lagi dalam keluarga kecil kami," katanya kepada mStar. Ayden bersama adiknya di hari pertunangan ibu mereka. Ayden juga dilihat tidak kekok ketika bertemu media dan ditanya tentang majlis pertunangan ibunya itu. Lebih mencuri tumpuan, anak kecil itu sudah memanggil Syed Saddiq dengan gelaran 'daddy'. ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah, Syed Saddiq bertunang hari ini… “Bukan pengakhiran cerita, ini permulaan” ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki anak-anak dapat ‘daddy’ Syed Saddiq, rakan artis terharu lihat perjuangan Bella Astillah"Daddy sangat sporting. Kami berenang dan jogging bersama. "Tahniah buat mummy dan daddy," ucapnya. Untuk rekod Ayden merupakan anak hasil perkahwinan Bella bersama penyanyi Aliff Aziz. Syed Saddiq diterima baik anak-anak Bella. Mereka mendirikan rumah tangga 9 September 2016, namun sah bercerai pada 13 Jun 2024 dan memiliki seorang lagi anak perempuan iaitu Ara Adreanna, 6 tahun.Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, bakal melangsungkan majlis pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq di Kuala Lumpur pada petang Sabtu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube