TEKA-TEKI hubungan istimewa antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab apabila mereka berkongsi berita gembira bakal bertunang. Syed Saddiq dalam satu perkongsian di Instagram memaklumkan perkara tersebut sebagai tanda lamaran kepada Bella. "Saya melamar, dia kata ya. Syed Saddiq melamar Bella di Gunung Kinabalu. "Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan. Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan," katanya. Dalam video yang dimuat naik, Syed Saddiq dilihat memberikan cincin lamaran kepada Bella ketika mereka melakukan misi mendaki Gunung Kinabalu di Sabah sebelum ini. ARTIKEL BERKAITAN: “Selamat datang ke keluarga!”… Space Dollah ‘terlepas cakap’, netizen dakwa Bella Astillah dan Syed Saddiq bakal bertunang? ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah kongsi kata-kata positif untuk kebaikanMalah dia juga mengimbas kembali hubungan mereka yang bermula atas dasar kerja sehingga terbit rasa cinta. "Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati," ujarnya. Difahamkan majlis pertunangan pasangan itu akan berlangsung di sebuah lokasi di Kuala Lumpur pada petang Sabtu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube